Tech

HONOR View20 Memberi Sentuhan Dimensi Baharu

HONOR merupakan fenomena di dalam dunia teknologi dengan kemunculan telefon bimbit terbarunya Honor View20. Telefon bimbit ini memberi sentuhan dimensi baharu sebagai telefon bimbit berteknologi tinggi bagi tahun ini.

Foto: Wccf Tech

Rekaan telefon bimbit Honor View20 yang ‘sophisticated’ dan ‘fresh’ ini membuatkan telefon ini cantik terletak di dalam genggaman tangan si pemilik. Warna biru Aurora yang berkilat dengan illustrasi anak panah yang seakan-akan bergerak itu, memukau mata sesiapa sahaja yang memandangnya.

Foto: First Post

Telefon bimbit ini menggunakan cip perisian daripada Kirin 980 dengan sentuhan dual-core Neural Processing Unite (NPU). Honor View20 ini juga di datangi dengan dua pilihan RAM iaitu 6GB dan 8GB RAM beserta kapasiti simpanan dalaman sebanyak 256GB!

Foto: India Today

Selain itu, display skrin yang berkeluasan 6.4 inci ini memberi kepuasan maksima kepada pengguna untuk tontonan video yang gempak. Di samping itu, sistem kamera 48 Megapixel yang di tambah dengan 3 dimensi memberikan kepuasan bergambar semaksimum mungkin kepada si pengguna.

Sememangnya sentuhan dimensi baharu oleh Honor View20!