Wearables, Tech

Huawei FreeLace Wireless In-Ear Headphone Dengan Fungsi Yang Unik

Huawei bukan sahaja baru melancarkan telefon bimbit Huawei P30 series dan smart glass. Kini satu lagi produk terbaru daripada Huawei adalah FreeLace Wireless In-Ear Bluetooth Headphone.

In-Ear Bluetooth Headphone ini di reka dengan konsep yang begitu menarik, mana tidaknya hub bagi setiap cord-ear ini memiliki in-house volume rocker serta fungsi menjawab panggilan telefon, mengawal muzik dan mengaktifkan Google Assistant daripada Apple Siri.

Foto: Huawei

Bukan sahaja rekaan wireless in-ear bluetooth ini menarik, malah ia juga mempunyai fungsi connectivity yang bagus dan membuatkan ia salah satu alat wireless yang mudah di hubungkan kepada telefon bimbit pintar mahupun laptop secara wireless.

Foto: Huawei

Tambahan lagi ear headphone ini boleh di cas menerusi USB-C port dan di sambungkan kepada telefon bimbit dengan mudah. Jika ear headphone ini di sambungkan kepada telefon yang menggunakan EMUI 9.1 dan pengguna tersebut akan menerima “Plug dan Pair” mode di mana ia membolehkan pengguna untuk pairkan ear headphone dan telefon secara automatik.

Foto: Huawei

In-Ear Bluetooth Headphone ini mempunyai ukuran 9.2mm dengan ultra-thin TPU diaphragm yang di salut dengan titanium. Dari segi bateri pula, headphone ini mampu bertahan selama 18 jam untuk muzik dan 13 jam untuk masa perbualan telefon.

Huawei In-Ear Bluetooth ini di jual pada harga €99 atau RM454 dan ia memiliki warna yang cukup memukau! Buat masa ini, masih belum ada khabar berita bila ear headphone akan memasuki pasaran Malaysia. Sama-samalah kita nantikannya.