Gadget, Telefon Pintar

Kolaborasi CASETiFY Dan Marvel Untuk Koleksi Spider-Man Baharu

Lihat! Spider-Man datang lagi! Jenama aksesori gajet dan telefon pintar global, CASETiFY mengumumkan kolaborasi pertamanya bersama Marvel yang mengangkat adiwira mesra masyarakat, Spider-Man dan symbiote kegemaran peminat, Venom pada rangkaian aksesori baharunya.

Sepanjang 11 tahun, CASETiFY menginovasi dan mengikut trend semasa bagi mencipta aksesori-aksesori gajet yang memberi perlindungan terbaik tanpa mengenepikan tarikan rekaan. Telefon pintar telah menjadi alat komunikasi peribadi utama di abad ke-21 ini, melayakkan ia menerima penjagaan serta penampilan bersifat individualistik!

Legasi Spider-Man sebagai ikon budaya pop masih utuh selama lebih enam dekad, dan kini para peminat dapat menghiasi selongsong (casing) telefon pintar mereka dengan rekaan inspirasi adiwira tersebut yang terdapat pada selongsong signatur CASETiFY; Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear dan Bounce – untuk pengguna iPhone, Samsung dan Google Pixel. Rekaan daripada koleksi ini menggalakkan peminat mengeluarkan sisi dalaman adiwira masing-masing menerusi selongsong Spider-Man Mask dan Spider-Man Suit.

Koleksi ini juga memaparkan karakter ikonik Marvel, Venom, menerusi seleksi selongsong Venom Mask dan Venom Suit.

Kolaborasi CASETiFY dan Marvel ini turut menawarkan seleksi aksesori lain seperti AirPods, AirPods Pro, AirPods Max, AirTag, MacBook, dan Ipad termasuklah tali jam tangan Apple Watch, pengecas wayarles, sarung MagSafe, sarung pek bateri MagSafe dan tali telefon. Tambah istimewa, ia juga menampilkan rekaan khas untuk selongsong AirPods Max Venom dan selongsong AirPods Spider-Man dengan rekaan sarang labah-labah (spiderweb) 3D.

Koleksi baharu ini adalah yang terkini selepas kolaborasi CASETiFY bersama pereka dan jenama ternama antarabangsa, antaranya Olivia Rodrigo, BLACKPINK, Disney, Harry Potter, dan Star Wars.

Koleksi Marvel dan CASETiFY akan dilancarkan di seluruh dunia di casetify.com/co-lab. Bagi mereka di Malaysia, ia boleh dibeli secara dalam talian menerusi CASETiFY Co-Lab app (kini boleh didapati di App Store). Para peminat kini boleh membeli koleksi penuh di casetify.com.

Untuk informasi lanjut berhubung kolaborasi ini, layari CASETiFY.com dan ikuti media sosial Instagram, Facebook, TikTok dan Twitter.