Tech, Gadget, Inovasi

Lenovo Tampil Dengan Fail Paten Telefon Yang Boleh Di Lipat

Lenovo tampil dengan fail telefon bimbit lipat yang telah di paten? Seperti yang sedia maklum, semakin banyak syarikat-syarikat elektronik mempatenkan hasil rekaan telefon bimbit lipat mereka dengan harapan dapat menhasilkannya dalam masa terdekat ataupun di masa akan datang.

Foto: Slash Gear

Dan kini Lenovo pula mengikuti jejak syarikat-syarikat elektronik yang lain dengan memfailkan paten ke atas rekaan telefon bimbit lipatnya. Berdasarkan imej telefon bimbit lipat Lenovo yang di ambil daripada LetsGoDigital ini, menunjukkan rekaan telefon Lenovo ini panjang dan nipis.

Foto: Tom’s Guide

Berdasarkan imej rekaan telefon lipat Lenovo ini, ia memiliki idea telefon lipat yang vertikal dan dalam masa yang sama di bahagian bawah telefon terdapat lengkungan yang membolehkan telefon tersebut membengkok di bahagian hadapan.

Telefon ini juga tidak boleh di lipat secara simetri dan skirn pula akan dapat di lihat secara separuh. Rekaan yang menarik daripada Lenovo di harap dapat di hasilkan dan bersaing bersama telefon-telefon lipat yang lain di pasaran!