Aplikasi, Berita, Telefon

[REVIEW] Infinix Tampil Dengan Tema Gaming Pada Note12 2023

Walaupun ia merupakan penyegaran Nota 12, varian 2023 kelihatan lebih serupa dengan Note 12 Pro 4G dari segi reka bentuk dan spesifikasi walaupun dengan kamera utama 50MP. Infinix telah mengeluarkan telefon khas untuk para pengemar gaming yang terutamanya Mobile Legend. Maka, Infinix menampilkan Note 12 2023 Mobile Legend Bang Bang yang akan dilancarkan pada 7 Oktober 2023.

Sebelum itu, mari semak spesifikasi penuh:

  • Paparkan 6.7-inci FHD+ AMOLED
  • Pemproses MediaTek Helio G99
  • RAM 8GB Storan 128GB
  • Kamera Belakang 50MP utama Kedalaman 2MP QVGA
  • Kamera Depan 16MP
  • Bateri 5000mAh Caj Cepat 33W
  • Warna :  Kelabu , Putih dan Biru

Pandangan Pertama

Pertama sekali, apabila dapat kotak, dilihat akan nampak kotak ini memaparkan ciri-ciri gaming itu dengan meletakkan gambar Mobile Legends Bang Bang dihadapannya , maka,  tahu ia merupakan telefon khas untuk gaming Mobile Legends yang dilengkapi dengan processor 13GB (8+ 5 GB RAM).

Apabila kotak dibukak, dapat dilihat, kotak putih yang dilengkapi dengan telefon dan juga peranti pengecas dan wayar type-C yang diberikan . ia juga melampirkan waranti dan juga buku manual untuk panduan menggunakan telefon ini.

Seterusnya, kita tengok pada peranti dia, kita nampak dia menampilkan device 6.7 inch full HD+ AMOLED display. Dilihat disini, mereka meletakkan hanya 8Gb sahaja namun ia menambahkan lagi 5Gb dalam RAM yang sama. Ia amat berbaloi. Kemudian, melihat pada pengecasan ia merupakan fast charging iaitu 33W dengan kapasiti bateri 5000mAh. Telefon ini berukuran 164.4 x 76.5 x 7.8 mm (6.47 x 3.01 x 0.31 in) dan beratnya 192 g (6.77 oz). Ia dibercirikan Glass front, plastic frame, plastic back.

 

Bahagian kamera pula, dilihat keseluruhan ia dihadirkan dengan 3 camera belakang besar dengan satu bulat yang besar tetapi dihadiri dengan 3 lens didalamnya yang mempunyai 50 MP Ultra Night Triple Camera , Ai Lens kamera dengan Quad Flash Light. Manakala, kamera hadapan di lengkapi dengan 16MP FF dengan Dual Flash Light.

Dan akhir sekali, pada audio dia juga tidak kurang hebat ia dilengkapi dengan dual speaker dengan kualiti audio yang tinggi yang memberi bunyi yang sangat kuat dan mengagumkan. Peranti ini menggunakan pengecas Type-C sahaja.

Ia juga dilengkapi dengan Android terkini iaitu 12 version , maka tiada masalah untuk digunakan dan tidak perlu takut juga tertinggalan Android terkini.

Telefon ini berada dipasaran pada 5 Oktober dengan harga bermula denga RM 699 dan menawarkan warna Volcanic Grey, Tuscany Blue, Alpine White. Maka, jangan lepaskan peluang untuk memliki telofon ini, kerana ia sangat berbaloi untuk para-para gaming.