Uncategorized, Featured, Gadget, Internet, Tech

Samsung Galaxy Note 9 Inspirasi Lavender!

Samsung tidak pernah ketandusan idea dalam menghasilkan telefon pintar yang baharu, apatah lagi dengan penghasilan warna yang begitu mencuri perhatian orang ramai!

Seperti yang sedia maklum, Samsung telah mengeluarkan Samsung Galaxy Note 9 dengan empat warna yang berlainan iaitu Ocean Blue, Midnight Black, Lavender Purple, dan Metallic Copper!

Foto: Tech Matador

Kesemua warna telah diperkenalkan tetapi untuk kali ini Samsung bawakan Galaxy Note 9 Lavender dengan Edisi 512GB!

Foto: PC World

Untuk makluman peminat setia Samsung, telefon pintar Samsung Galaxy Note 9 Lavender ini mengeluarkan edisi terhad 512GB yang kini berada di pasaran Malaysia yang bermula pada hari ini sehingga 30 November ini sahaja!

Selain itu, untuk edisi terhad ini juga Samsung memberi kad microSD 512GB yang bernilai RM1,199 secara percuma kepada anda yang membeli Samsung Galaxy Note 9 Lavender edisi terhad ini!

Wah bertuah siapa yang membeli Samsung Galaxy Note 9 Lavender ni, kerana secara tidak langsung anda mempunyai 1TB penyimpanan data!

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan Samsung Galaxy Note 9 Lavender edisi terhad ini dengan segera!