Aplikasi

Malaysia Mengalu-alukan Jelajah Dunia Dino Gergasi BIGO

Bigo Live, platform penstriman langsung global yang membantu penyiar dan pengguna tempatan berhubung dengan dunia, telah melancarkan Jelajah Dunia Dino Gergasi BIGO di Malaysia yang bermula di Melaka hujung minggu ini. Dino Gergasi ini akan menjelajah ke lima bandar raya Malaysia bagi meraikan Bigo Live dan komuniti penyiarnya di seluruh negara.

Bigo Live menganjurkan jelajah Dino Gergasi sebagai satu cara untuk mempamerkan bagaimana dunia maya dan fizikal boleh bersatu dan saling melengkapi. Jelajah ini adalah simbol perayaan dalam menghimpunkan budaya dalam talian dan luar talian Bigo Live dan menghubungkan para pencipta mereka dalam komuniti tempatan yang sama.

Dino Gergasi ini, dengan ketinggian hampir 2 meter dan lebar 2.5 meter, akan dipamerkan di bandar-bandar utama Malaysia. Setiap perhentian jelajah menyatukan penyiar-penyiar Bigo Live dan peminat mereka untuk mengalami hubungan maya, komuniti dan semangat positif Bigo Live secara bersemuka.

“Malaysia adalah tempat yang istimewa untuk kami. Kami telah mendengar daripada semua peminat-peminat hebat kami tentang negara yang indah ini dan kami teruja untuk menghidupkan pengalaman Bigo Live melalui Jelajah Dunia Dino Gergasi BIGO kami. Kami terus melihat kehadiran kukuh oleh pengguna-pengguna di seluruh Malaysia dan membuat lima persinggahan di seluruh negara. Kami teruja supaya semua orang berpeluang untuk berkumpul dan bertemu dengan penyiar-penyiar hebat kami, dan meraikan kekuatan hubungan, budaya dan komuniti,” kata Vivi He, Pengurus Negara untuk Bigo Live.

Setiap perhentian jelajah menampilkan persembahan yang menarik oleh penyiar-penyiar tempatan dan perkongsian oleh duta jenama Bigo tentang pengalaman menggunakan aplikasi penstriman langsung sosial terkemuka di dunia. Para peminat juga berpeluang bertemu dan merakam interaksi mereka bersama Dino Gergasi dan penyiar-penyiar Bigo Live. Terdapat juga cabaran media sosial dan di lokasi yang menggalakkan pengguna Bigo Live dan orang awam untuk menyertai dan memenangi hadiah eksklusif serta membawa pulang barangan Bigo Live.

Tarikh jelajahan Malaysia adalah seperti berikut:

  • Melaka, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, 10-11 Jun
  • Johor Bahru, Paradigm Mall, 16-18 Jun
  • Kuantan Pahang, East Coast Mall, 8-9 Julai
  • Sabah, IMAGO, KK Times Square, 15-16 Julai
  • Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, 22-23 Julai