Trending

Ketika umat Islam merayakan hari raya bersama keluarga, sebaliknya berlaku pada sekumpulan remaja ni. Video berdurasi 22 saat itu dikongsikan laman Facebook Viral Agency, memaparkan kejadian yang berlaku di sebuah tanah perkuburan.

Aksi biadab seumpama ini dirakamkan menerusi video di mana remaja terbabit tanpa rasa bersalah dan malu dengan selamba mencangkung di atas pusara sambil membuat gerakan tarian dengan riak wajah ‘gembira’.

Walaupun tidak dapat dipastikan dimana kejadian ini berlaku, ada yang mendakwa aksi ini bukan di Malaysia tetapi di negara jiran. Video ini mendapat kecaman dan reaksi negatif dari netizen kerana sikap remaja terbabit yang disifatkan menghina agama Islam.

Sumber Viral Agency

Sejak kebelakang ini, permainan Fidget Spinners  ini menjadi sangat popular. Bukan setakat di kalangan orang dewasa, tapi anak-anak pun juga turut bermain. Permainan ini boleh didapati dengan berbagai versi. Dari versi yang mahal, sampai yang harganya Rp10 ribuan.

Namun agak mengejutkan apabila seorang pemimpin agama Kristian telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa mainan kanak-kanak yang popular itu adalah ciptaan ‘syaitan’ yang merosakkan minda anak-anak muda.

Dia telah mengecam alat permainan itu sebagai amalan syaitan kerana mereka memaksa anak-anak untuk membuat satu simbol syaitan dari pergerakan jari semasa mereka bermain dengan permainan tersebut.

Juan Mariano Avalos berkata, ‘Fidget Spinners’ mempunyai unsur-unsur kejahatan dengan simbol pada tangan ketika anak-anak muda leka bermain dengan permainan tersebut.

Dia memuat naik video yang mencetuskan kontroversi dengan menerangkan teorinya bahawa ‘Fidget Spinners’ datang dari sisi gelap simbol syaitan dan anak-anak harus berhenti dari bermain dengan permainan tersebut. Jom saksikan video ini.

Pemimpin agama dari Paraguay ini memegang salah satu pemintal untuk menunjukkan cara yang berbeza untuk menggunakannya.

Dia menunjukkan bagaimana alat permainan ini boleh menaikkan jari telunjuk sehingga boleh menyerupai “tanda syaitan.”

Kedudukan jari yang lain sama buruknya dengan pendeta Juan, ketika kamu memegang pemintal dengan ibu jari dan telunjukmu, memegang tiga yang lain, dan melakukan

Tetapi  video amaran ini tidak mempunyai kesan pada penggemar alat permainan popular ini dan sebaliknya telah mencetuskan ejekan dari pengguna media sosial.

Sumber Mirror

Penerbangan AirAsia dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang asal minggu lalu.

Insiden itu terjadi akibat adanya masalah teknikal selepasa pesawat terbang sekitar 90 minit diudara. Airbus A330, pesawat yang digunakan dalam penerbangan itu, bergetar hebat, bahkan disebut bagaikan mesin cuci, akibat kejadian itu.

Susulan dari kejadian ini, ada individu yang mengkritik juruterbang yang terlibat atas tindakannya memohon doa dari penumpang ketika saat-saat pesawat dalam kecemasan.

Disebabkan dakwaan dan kritikan yang tidak berasas itu, satu catatan Facebook semalam oleh seorang penumpang bernama Madeline Wright memuji kelakuan kapten pesawat sepanjang pesawat berada diudara.

Saya merupakan salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden enjin pesawat Air Asia rosak pada hari Ahad yang lalu dari Perth ke Kuala Lumpur untuk percutian keluarga ke Vietnam. Selepas mendengar bunyi kuat, pesawat kami mula bergegar dan mencetuskan suasana panik bagi kesemua 359 penumpang. Kapten yang bertugas ketika itu menenangkan kami dengan memaklumkan keseluruhan keadaan dan memberitahu kami setiap maklumat mengenai pesawat.

Semua bekerjasama dan tenang sepanjang saat-saat genting itu dan menjadikan lebih mudah bagi anak kapal untuk membantu kami dan kapten terus berjuang untuk menyelamatkan pesawat. Tiada siapa menjerit.  Masalah teknikal seperti ini boleh berlaku pada mana-mana kapal terbang dan syarikat penerbangan murah Air Asia tidak boleh dipersalahkan.

Pesawat itu diperiksa dengan teliti sebelum berlepas seperti pesawat-pesawat yang lain dan dikawal oleh organisasi keselamatan udara yang sama. Netizen tidak boleh mengkritik Air Asia kerana masalah teknikal boleh berlaku sepanjang masa, walaupun pada penerbangan yang lebih mahal.

Ia menjengkelkan apabila netizen mengkritik kapten pesawat dengan menyarankan kami supaya berdoa dan berharap juruterbang tersebut diberhentikan.

Dan kepada individu yang menyalahkan Air Asia untuk tragedi itu,  semua yang terjadi bukanlah kesalahan mereka dan mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan kami selesa semasa kejadian. Ya, kami menginap di lapangan terbang dalam beberapa jam sementara menunggu berita tentang apa yang akan berlaku seterusnya, tetapi mereka memberikan kami baucer untuk makanan dan air ketika menunggu.

Kami juga diberi pilihan bayaran balik sepenuhnya tiket, penjadualan semula penerbangan, atau tinggal di lapangan terbang buat sementara waku untuk penerbangan seterusnya

Bagi anda yang mengkritik Air Asia, juruterbang kami dan kami di atas kapal. Sila hentikan! Keberanian krew dan kapten kita harus dipuji bukan dikritik kerana mereka melakukan yang terbaik untuk kami, dan semua orang selamat.

Sebelum ini, seorang bekas menteri mengkritik tindakan juruterbang AirAsia meminta penumpang berdoa supaya pesawat yang mengalami masalah enjin itu dapat mendarat dengan selamat. Dia turut menambah lebih suka juruterbang tidak beritahu apa-apa jika berada di ambang maut.

Sumber Facebook

Sebuah video dari sebuah gereja Katolik di Keningau, Sabah memainkan lagu Hari Raya yang popular

Video 27 saat yang disiarkan di Facebook pada hari Ahad, hari pertama Hari Raya Aidilfitri, menunjukkan kumpulan gereja Pusat Ziarah Keluarga Kudus Keuskupan Keningau, Nulu Sosopon Kg.agudon. Mereka memainkan versi instrumental dari lagu Suasana Hari Raya.

Ketua pasukan koir, Harry Wong berkata bahawa kumpulan empat orang itu memutuskan untuk memainkan lagu Raya klasik untuk menyebarkan cinta dan solidariti semasa musim perayaan ini.

“Hari Raya ini kami ingin meraikan perayaan, dan pada masa yang sama kami ingin menunjukkan bahawa tidak salah memainkan lagu Hari Raya di sebuah gereja untuk menghormati peristiwa itu,” katanya ketika dihubungi, sambil menambah bahawa dia akan gembira melihat gereja-gereja lain di Malaysia menunjukkan persamaan solidariti yang sama.

 

Menurut netizen, rakyat Sabah mempunyai hubungan yang kuat walaupun  memegang kepercayaan dan pemikiran yang berbeza ,kerana mereka mempunyai rasa hormat dan kasih sayang kepada satu sama lain,

Sumber FB Melissa James Madan

Pagi ini menyaksikan Proton dan Geely menandatangani Perjanjian Definitif yang akan menyaksikan syarikat China mengambil kepentingan besar dalam pembuat kereta Malaysia dan anak syarikat Lotus.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak merasmikan SUV pertama PROTON, kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Geely Holdings, Geely Boyue.  Ia akan menjadi SUV pertama PROTON yang dipasang di kilang PROTON Tanjung Malim, Perak.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu (kanan) memperkenalkan Geely Boyue baru untuk tontonan awam selepas majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Sebelum ini Proton tidak pernah membina kenderaan SUV, salah satu segmen yang kini cukup laris di rantau ini. Di China, Boyue ini dipasarkan dengan dua pilihan enjin iaitu JLD-4G20 petrol 2.0L (Aspirasi Biasa) dan JLE-4G18TDB 1.8 liter Turbo. Masing-masing menghasilkan kuasa 139 kuasa kuda dan 181 kuasa kuda.

Sumber BH

 

Tahun ini kita telah dihidangkan dengan banyak iklan raya dari agensi dan syarikat terkemuka yang cukup kreatif. Rata-rata netizen cukup terhibur dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui iklan yang dikeluarkan samaada di TV mahupun di media sosial. Ada yang betul mencuit hati tak kurang juga  menyentuh hati.

Berikut iklan Hari Raya bagi tahun 2017 yang mampu mengundang air mata.

1. Iklan Hari Raya Pelaburan MARA 2017

Cukup menyedihkan apabila kita mengenangkan pemergian orang yang tersayang. Iklan Raya dari Pelaburan MARA ini cukup dramatik dari tragedi kemalangan sehinggalah nasib anak yatim piatu. Kehilangan orang yang disayangi adalah amat memilukan. Adakah masih wujud hati yang ikhlas untuk meringankan beban anak-anak ini?

2. TNB 2017 – Dugaan Raya Aida – #DugaanRaya

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghasilkan iklan hari raya berjudul ‘Dugaan Raya Aida’ yang menyampaikan mesej kekeluargaan serta persahabatan. Ia antara lain memaparkan kisah seorang gadis kampung, Aida yang bekerja di Kuala Lumpur, membuat persiapan hari raya dan mencari rezeki untuk keluarga dalam kesibukan menyiapkan tugasan di pejabat.

Sehingga saat ini iklan tersebut mencecah sehingga 800k tontonan di Youtube.

3. Sahabat Raya – AKPK

Ibarat sahabat, AKPK sentiasa ada untuk berkongsi dan membantu masyarakat membuka jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan kewangan. Sahabat yang prihatin tidak akan membiarkan sahabatnya dalam kesusahan dan keseorangan.

4. Iklan Raya TM 2017: Kampung Batu 311 Diselubungi Misteri

Iklan ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak kampung yang cuba menyiasat siapakah Super Hero yang digelar Batman kerana membantu orang kampung menyelesaikan masalah pada waktu malam. Hasil penyiasatan ini telah merungkai sesuatu yang di luar jangkaan.

Mendapat tontonan sebanyak 475k sehingga kini dan iklan ini juga menjadi antara yang popular pada tahun ini.

5. Kasih Sayang Duit Raya Terbaik

Pengembaraan Rizal, seorang pemuda yang dalam perjalanan pulang beraya ke Kampung Syawal.

Ketika dalam perjalanan, Rizal dihantui dengan “Beban” atau dugaan yang semakin berat dan semakin besar keatas dirinya. Mesej yang disampaikan adalah doa dari ibubapa yang menanti kepulangan ke kampung. Kasih Sayang lah duit yang terbaik untuk diberikan pada keluarga.

6. Mulakan dengan yang baharu – Samsung

Mesej yang disampaikan sangat mendalam. Jangan sibuk mengejar harta dunia. Sebelum terlambat, inilah masa yang paling tepat untuk menunjukkan betapa sayang dan rindunya kita kepada orang tersayang terutamanya ibu dan ayah yang sentiasa mahukan masa bersama kita.

7. Iklan Aidilfitri Astro – Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah

Yang ini begitu menyentuh hati. Drama pendek yang menyaksikan hubungan akrab antara Abah dan Luqman. Luqman dilahirkan tidak sama seperti kanak-kanak yang lain, namun sebagai seorang bapa mungkin menjadi cabaran yang luarbiasa membesarkan Luqman.

8. Wayang Sayang – Filem Raya Maxis 2017

Wayang Sayang. Itulah tajuk filem Hari Raya 2017 daripada Maxis. Ia dilakonkan oleh Beto Khusairi. Filem raya daripada Maxis ini mengisahkan sepasang suami isteri Kamil dan Nora yang bercadang untuk berpisah. Mereka baru sahaja berkahwin dalam dua tahun.

Barulah kenal hati budi sebenar apabila sudah menjadi suami isteri tinggal sebumbung. Hidup mereka banyak berlakon, dan bermain wayang di depan orang. Sehinggal mereka di panggil untuk mendengar wasiat dari Ayah Kamil dan segalanya berubah.

9. PETRONAS Raya 2017: Donut ke Karipap?

Sejak dahulu lagu, Petronas tidak pernah menghampakan penonton dengan Iklan Raya yang dikeluarkan. Kali ini kisah sekumpulan kanak-kanak di sekolah asyik memikirkan kuih donat dan karipap. Watak Hakim cukup mencuit hati kerana dugaanya berpuasa penuh namun dia sedar bahawa bulan ramadan bukan sekadar berpuasa sahaja. Pengajaran Ramadan menjadilah hari mulia lebih bermakna.

10. Iklan Raya Malaysia Airlines 2017 | #RayaAroundTheWorld

Malaysia Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang mejadi kebanggaan rakyat Malaysia. Iklan raya bagi tahun ini menyaksikan bahawa tidak kira di mana kita berada, dengan adat dan tradisi berbeza, Aidilfitri tetap meriah disambut bersama insan tercinta.

 

Google Search hari ini dihiasi dengan doodle yang memperlihatkan karya seni abstrak. Jika diklik, Anda akan dibawa ke sebuah permainan membuat komposisi musik ringkas, lengkap dengan visual yang menarik berdasarkan permainan musik itu.

Kutipan itu diucapkan oleh Oskar Fischinger yang karyanya menjadi inspirasi dari rekaan Google Doodle hari ini. Ilustrasi dan permainan itu merupakan cara Google untuk meraikan hari ulang tahun ke-117, Oskar Fischinger.

Jadi, apa istimewanya Oskar Fischinger sehingga dijadikan doodle oleh Google?

Oskar Wilhelm Fischinger dilahir pada 22 Jun 1900 di Jerman. Dia dikenali sebagai penghasil animasi abstrak, filem, dan pelukis.

Namanya menjadi terkenal di kalangan ahli seni kerana membuat animasi muzikal abstrak beberapa dekad sebelum munculnya komputer grafik dan video muzik.

Oskar Fischinger adalah orang kuat dalam pembikinan kesan khas untuk filem Woman In The Moon pada tahun 1929. Ini merupakan salah satu film sci-fi pertama yang melibatkan penggunaan roket. Beliau membuat lebih dari 50 filem pendek dan melukis sekitar 800 lukisan.

Salah satu filem animasi abstrak karya yang paling terkenal adalah Motion Painting No. 1 (1947).

Oskar Fischinger meninggal pada usianya yang ke-66 pada 31 Januari 1967.

Sumber

Tular di media sosial apabila seorang gadis cantik menjual aiskrim sambil menunggang motosikal di sekitar Langkawi. Memang ramai warga kota di sini tidak menyangka apabila seorang gadis cantik sanggup berpanas terik dan meredah kawasan kampung sambil menunggang motosikal untuk menjual aiskrim.

Gambar dan videonya itu kini menjadi trending dan bualan netizen. Rata-rata netizen memuji gadis berkenaan kerana nampak bersahaja menjula ais krim dan tidak memilih pekerjaan. Menurut sumber, gadis tersebut merupakan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sering menjual ais krim di sekitar Langkawi terutamanya ketika gadis tersebut sedang cuti semester.

Laporan dari Mstar menyatakan bapa dan adik-beradiknya juga dikatakan melakukan pekerjaan yang sama.

Sumber

Tahniah! Sekali lagi AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia & Dunia bagi tahun ke-9 berturut-turut oleh Skytrax.

Dengan rasa bangga, peneraju penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia Bhd (AirAsia) dan syarikat sekutunya, AirAsia X terus menempa nama di pentas antarabangsa apabila masing-masing menerima dua anugerah berprestij Skytrax World Airline yang diadakan di lapangan terbang Le Bourget, Perancis.

 

Syarikat penerbangan itu yang sentiasa memberi perhatian kepada kekuatan kakitangan barisan hadapannya, turut menunjukkan komitmennya dengan memiliki anak kapal kabinnya, kata Suhaila Hassan yang menerima anugerah itu bagi AirAsia.

Hadir sama Pengerusi AirAsia X Berhad, Tan Sri Rafidah Aziz yang menerima anugerah bagi pihak AirAsia X, Pengarah Urusan Kumpulan AirAsia Tony Fernandes dan Pengarah Urusan AirAsia X Thailand Nadda Buranasiri.

Kredit Foto: Tony Fernandes

AirAsia adalah syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia dengan bilangan penumpang yang dibawa, dengan rangkaian luas yang meliputi lebih daripada 120 destinasi di 26 negara di seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Sumber

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kes penipuan oleh Syarikat Pelancongan tempatan. Lebih mengecewakan, penipuan mereka boleh mencecah ribuan ringgit dan terlepas begitu sahaja malah lebih berani beroperasi secara terbuka. Jangan terpedaya dengan pakej pelancongan yang ditawarkan dari syarikat pelancongan yang tidak berlesen kerana semua palsu.

Untuk dijadikan sebagai panduan, berikut senarai syarikat yang tidak berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Malah mereka didapati telah melanggar peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 kerana menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah.

Anda dinasihatkan agar membuat semakan nama agensi pelancongan yang berdaftar terlebih dahulu melalui laman sesawang kementerian iaitu di pautan www.motac.gov.my sebelum membeli sebarang pakej pelancongan bagi mengelakkan penipuan atau kerugian.

1. ANUGERAH BAYU SDN BHD
2. RIZKA ENTERPRISE
3. MD MULTAZAM ENTERPRISE
4. ASMR RESOURCES SDN BHD
5. MIGLIORE (M) SDN BHD
6. AL-SAFWAH ORCHID (ASIA) SDN BHD
7. FRIENDLY HOLIDAYS SDN BHD
8. D’LVC CORPORATE (M) SDN BHD
9. ARLIEF JUARA KEMBARA SDN. BHD
10. MUJADDID TRAVEL & TOURS SDN. BHD
11. BLISSFUL PARADISE SDN. BHD
12. MH HOLIDAY
13. SKY HEART TRAVEL & TOURS SDN. BHD
14. MASFLY@MUSFLY
15. RADVIN TOUR & TRAVEL SDN. BHD
16. AS-SOLIHIN HOLIDAYS SDN. BHD
17. LOHAS SIGNATURE
18. LOHAS PREMIUM TRAVEL LIFESTYLE SDN. BHD
19. TIGER MIND TRAVEL & TOURS SDN. BHD
20. HAFIZ ARSYAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD
21. TRAVEL PAVILION SDN. BHD
22. UNFORGETTABLE TOUR SDN. BHD
23. TOPMARKHOLIDAYS
24. SUTERA HARBOUR ONEWORLD HOLIDAYS & TOURS SDN. BHD
25. ROLDAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD
26. DILRUBA TURKI TRAVEL SDN. BHD
27. EXPRESSS HOLIDAY
28. UNION ASIAN TOURS
29. WESTS DYNAS MARKETING
30. FIRDAUS TRAVEL & SERVICES
31. MALIK HASSAN TOUR & TRAVELS SDN. BHD
32. AFZ TRAVEL & TOUR SDN. BHD
33. SABAH REDHO TRAVEL TOURS
34. UHB SOLUTIONS SDN BHD
35. HADID TRAVEL & TOURS SDN BHD
36. AKHBAR MEGA TRAVEL SDN BHD
37. RAZI TRAVEL SERVICES
38. SOLEHAH TRAVEL
39. TRIP ADIK BERADIK
40. AL-AMMARA GATEWAY
41. RNR DREAM HOLIDAYS
42. NASLIN TRAVEL & TOURS
43. AZAM MEGA SDN. BHD
44. AZAM IMPIAN RESOURCES
45. TRIP JALAN JALAN
46. A & D HOLIDAYS
47. NORTHERN PRIMIER RESOURCES
48. TOURISTGUIDE.MY
49. GO TRUE TRAVEL
50. FLY VENTURE
51. INFINIZ TOURS & TRAVEL SDN. BHD
52. HARAMAIN GLOBAL UMRAH
53. UMRAH D.I.Y
54. TASDIQ HOLIDAYS SDN. BHD
55. TASDIQ BIZ SOLUTION
56. SAHABAT QURAN MALAYSIA
57. DAURAH HARAMAIN
58. AS SHAFA TRAVEL & TOURS SDN. BHD
59. USTAZHARRY UMRAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD
60. GREEN GATEWAY
61. CHILL SMART VACATION
62. SS TRANS AND RESORT
63. SEGAR ISTIMEWA SDN BHD
64. RRS KAPOTHAKO TRAVEL & TOURS SDN BHD
65. MEGHA TRADING & TRANSPORTATION SDN BHD
66. TIGER MIND TRAVEL & TOURS SDN BHD

Sumber